Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR : Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hariini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu diMahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktoritu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunaisetiap seorang yang perlu dibayar hari ini.


"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamindan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduhhendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorangpenjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen TatacaraJenayah Syariah Selangor 2003.

"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan,pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangorsekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.

Sumber dipetik dari:http://gambarartis.blogspot.com

Gambar pengebumian Kugan

by isu Online | 1:47 PM in | comments (0)

Apa cerita ni hu hu..

lead-car4


lead-car3

Sumber dipetik dari: http://harismibrahim.wordpress.com

Salam Mesra, Setelah berhempas pulas selama 72 jam dan melaluipelbagai cabaran dan dugaan, kami (saya & suami) akhirnya berjayamenyiapkan Pakej Video ini.

Segala ilmu dan rahsia semuanya kami muatkan di dalam Pakej Videoini supaya para pembeli Pakej Video ini akan berjaya menguasaiteknik-teknik istimewa ini seperti kami. Baiklah, saya tidak akanberceloteh panjang.

Pakej Video ini akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana kami berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak USD$1312.00 (RM4329.60) di dalam masa 3 hari dengan menggunakan Youtube.com sebagai platform.

Ini ialah screenshot akaun CJ saya yang di ambil pada 14 November 2008 pada jam 12.00 tgh hari.

penyataCJ



Untuk ketahui lebih lanjut, rahsia perniaga Lisa Hilmi klik pada banner atau [KLIK SINI]




AMPANG JAYA - Kediaman mewah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin (gambar) di Jalan Kolam Air, Taman Melawati di sini diceroboh pencuri semalam tetapi yang hilang cuma kasut yang diletak di luar rumah.

Polis yang masih menyiasat kejadian itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang daripada empat lelaki Nepal dari sebuah syarikat keselamatan yang dilantik oleh Tun Daim.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya tidak mendapati sebarang tanda pecah masuk ketika kejadian yang berlaku antara pukul 12 malam dan 8 pagi itu.

"Kejadian itu hanya disedari oleh seorang pengawal keselamatan di situ pukul 9 pagi tadi (semalam) ketika dia datang ke situ untuk memulakan tugas.

"Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Melawati dua jam kemudian dan sepasukan polis dihantar ke sana untuk membuat siasatan," katanya semalam.

Abdul Jalil berkata, pihaknya menolak kemungkinan kejadian itu dilakukan oleh penjenayah pecah rumah yang menyasarkan golongan kenamaan (VIP).

Menurut beliau, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber dipetik dari: http://www.kosmo.com.my


RIBUAN orang membanjiri kawasan National Mall bagi menyaksikan majlis angkat sumpah Presiden Barack Obama di Washington hari ini. _ AP


WASHINGTON: Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru - yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam.

"Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS.

"Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.

Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.

"Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi.

"Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."

Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi.

"Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi.

Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.

Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts.

Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush.

Sebelum giliran Obama angkat sumpah, bekas Senator Delaware Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden yang baru di hadapan Hakim John Paul Stevens.

Terdahulu kedua-dua Obama dan Bush tiba di bangunan Capitol - lokasi angkat sumpah dari White House menggunakan kenderaan rasmi yang sama.

DI PUTRAJAYA, Malaysia mahu Obama melaksanakan dasar luar yang baru dengan tidak mengutamakan pendekatan unilateral dalam mengambil sesuatu tindakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, AS perlu mengambil pendekatan berbincang dengan pihak lain sebelum mengambil sesuatu tindakan.

"Amerika Syarikat tidak boleh bertindak sendirian atau dengan hanya sekumpulan kecil pihak yang menyebelahinya sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian bagi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Najib berkata, AS perlu memperkukuhkan hubungannya dengan badanbadan multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Pendekatan Amerika Syarikat mestilah mempunyai adunan antara hard power (kuasa ketenteraan) dan soft power (pengaruh ekonomi dan moral)," katanya ketika diminta mengulas mengenai harapan Malaysia terhadap Obama yang mengangkat sumpah sebagai Presiden yang baru.

Najib berharap Obama akan menggunakan lebih banyak pendekatan "soft power" daripada "hard power" berbanding dengan George W.Bush yang lebih banyak menggunakan pendekatan "hard power" dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik.


Sumber dipetik dari: http://www1.mstar.com.my